top of page

SARAWAK CULTURAL VILLAGE

  • Nazree Monmon
  • Oct 24, 2016
  • 2 min read

Kampung Budaya Sarawak terletak di kaki Gunung Santubong. Bagi pengunjung yang ingin melawati Kampung Budaya Sarawak,para pelancong boleh datang ke Santubong yang berdekatan dengan Damai Beach Resort.


Kampung Budaya Sarawak banyak memaparkan pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama di negeri ini, dengan persembahan kebudayaan dua kali sehari. Antara kraftangan yang unik yang boleh didapati di sini adalah manik Sarawak dan Pua Kumbu (tekstil tradisional masyarakat Iban). Kampung budaya ini juga menjadi tempat menarik untuk acara-acara antarabangsa seperti Pesta Muzik Hutan Hujan Dunia dan Pesta Menuai Dunia.


Souvenir yang dijual di dalam kedai Kampung budaya

Souvenir yang dijual di dalam kedai Kampung budaya.

Di kampung budaya juga terdapat pelbagai rumah tradisional seperti:

  • Rumah iban

  • Rumah Melanau

  • Rumah Cina

  • Rumah Bidayuh

  • Rumah Melayu

  • Rumah Penan

  • Rumah Orang Ulu

Keadaan di dalam rumah Orang Iban, Rumah Panjang.

Setiap rumah tradisional menjalankan aktiviti seperti memasak makanan tradisional secara langsung, para pelancong boleh turut merasai kenikmatan makanan tradisi. Peralatan yang digunakan merupakan kraf tangan yang dihasilkan sendiri oleh mereka, Tambahan juga,para pelancong boleh membeli hasil kraf tangan serta makanan tradisi yang terdapat di dalam rumah tradisi yang dilawat.


Seperti dalam rumah Iban ini, kelihatan seorang makcik yang sedang menenun dan membuat kraf tradisi kaum Iban. Di dalam rumah ini terdapat aktiviti seperti memasa, menjahit dan menjual peralatan kraftangan yang dihasilkan.

Ini adalah suasana di dalam rumah panjang kau Iban. Di hujung rumah tersebut disediakan jualan kraftangan kepada pelancong yang datang. Dapat dilihat ruang tamu rumah panjang ini turut dihiasi dengan perhiasan yang menarik. Alatan dan bahan yang terdapat di dalam rumah ini juga semuanya adalah buatan dan peninggalan dari orang Iban.

Alat muzik

Baju tradisi suku kaum Iban

PANGGUNG BUDAYA

Di Panggung Budaya akan berlangsungnya aktiviti tarian seperti tarian kaum Melanau, kaum melayu, kaum iban dan lain-lain. Para pelancong juga dapat menari serta menyumpit bersama-sama dengan penari kampung budaya diatas pentas diakhir persembahan.

DAMAI BEACH RESORT

 
 
 

Comments


Recent Posts
Archive
Unknown Track - Unknown Artist
00:00 / 00:00

© 2016 Made by Nazree Monmon . Wix .

bottom of page